Objektif Penubuhan

OBJEKTIF PENUBUHAN SKMPKT


  • Menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah yang terlibat.


  • Menghasilkan pembaharuan kepada sekolah dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • Memperkukuhkan pengetahuan dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah, bakal guru dan pensyarah melalui penyelidikan, percubaan, inkuiri, penilaian dan pelaksanaan program-program inovatif dan amalan-amalan bilik darjah yang berkesan.

  • Menyediakan pengalaman klinikal yang perlu kepada bakal guru sebagai pemudahcara pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

  • Melaksanakan penyelidikan pendidikan yang melibatkan guru, pelajar dan aktiviti sekolah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pelajar di samping menambahkan lagi pemahaman bakal guru dan pendidikan guru terhadap amalan pendidikan.

  • Menambah pengalaman guru pelatih terhadap suasana dan amalan di sekolah selain pengalaman semasa mengikuti praktikum yang diwajibkan.

Kursus Guru SKMPKT

Album kenangan SKMPKT