Sekolah Baru SKMPKT

Monday, March 8, 2010
SKMPKT beroperasi pada 01 Mac 2010


read more “Sekolah Baru SKMPKT”

Keputusan UPSR

Saturday, February 20, 2010




read more “Keputusan UPSR”

Latarbelakang SKMPKT

Tuesday, February 9, 2010
LATARBELAKANG SKMPKT

(TAHUN 2003)
Mula dibina pada 20 Disember 2002
Mula digunakan pada 14 Januari 2003
Mula dengan 2 buah bilik darjah ( Tahun 1 )
Murid seramai 50 orang
Sebuah bilik guru ( Seorang Guru Besar dan 2 orang guru )

(TAHUN 2004)
Tambahan 4 bilik darjah pada 2004.
Murid seramai 100 orang
Bangunan sekolah berhampiran Tadika Al-Falah
Guru tetap : 7 orang dibantu oleh 18 orang pensyarah dan pelajar

(TAHUN 2005)
Tambahan 4 bilik darjah pada 2005.
Murid seramai 156 orang
Didaftar secara rasminya di bawah JPNT pada 01 JUN 2005
Guru tetap : 12 orang
Seorang Guru Besar hakiki dari JPNT
Perjalanan sekolah seperti sekolah biasa
Mengadakan kerjasama dengan MPKTBR
Pensyarah dan Guru Pelatih boleh melibatkan diri pada bila-bila masa .

(TAHUN 2006)
Tambahan 4 bilik darjah pada 2006 ( peruntukan - BPG)
Murid seramai 212 orang
Guru tetap : 16 orang termasuk Guru Besar
Seorang pembantu tadbir N17 dari JPNT.
Seorang Pemb. Am Rendah N1 dari JPNT.
6 orang pensyarah terlibat dalam P&P.
Jumlah kelas : 8 kelas.

(TAHUN 2007)
Tambahan 4 bilik darjah pada 2006 ( peruntukan -JPNT )
Murid seramai 258 orang
Guru tetap : 21 orang termasuk Guru Besar
Seorang pembantu tadbir N17 dari JPNT.
Seorang Pemb. Am Rendah N1 dari JPNT.
2 orang pensyarah terlibat dalam P&P.
Jumlah kelas : 10 kelas

(TAHUN 2008)
Jumlah kelas 12 buah
Murid seramai 313 orang
Guru tetap : 22 orang termasuk Guru Besar
Seorang pembantu tadbir N17 dari JPNT.
Seorang Pemb. Am Rendah N1 dari JPNT.
3 orang guru j-QAF (masih dalam latihan)
2 orang pensyarah terlibat dalam P&P.
Kemudahan lain yang ada : Bilik j-QAF
: Bilik Pusat Sumber
: Makmal Komputer

(TAHUN 2009)
Jumlah kelas 12 buah
Murid seramai 314 orang
Guru tetap : 24 orang termasuk Guru Besar
Seorang pembantu tadbir N17 dari JPNT.
Seorang Pemb. Am Rendah N1 dari JPNT.
3 orang guru j-QAF
Kemudahan lain yang ada : Bilik j-QAF
: Bilik Pusat Sumber
: Makmal Komputer




read more “Latarbelakang SKMPKT”

Objektif Penubuhan

OBJEKTIF PENUBUHAN SKMPKT


  • Menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah yang terlibat.


  • Menghasilkan pembaharuan kepada sekolah dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • Memperkukuhkan pengetahuan dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah, bakal guru dan pensyarah melalui penyelidikan, percubaan, inkuiri, penilaian dan pelaksanaan program-program inovatif dan amalan-amalan bilik darjah yang berkesan.

  • Menyediakan pengalaman klinikal yang perlu kepada bakal guru sebagai pemudahcara pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

  • Melaksanakan penyelidikan pendidikan yang melibatkan guru, pelajar dan aktiviti sekolah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pelajar di samping menambahkan lagi pemahaman bakal guru dan pendidikan guru terhadap amalan pendidikan.

  • Menambah pengalaman guru pelatih terhadap suasana dan amalan di sekolah selain pengalaman semasa mengikuti praktikum yang diwajibkan.

read more “Objektif Penubuhan”

Model "Teaching School"

MODEL TEACHING SCHOOL

Terdapat berbagai model penubuhannya yang telah dicadangkan untuk dilaksanakan. Pelaksanaannya bergantung kepada kekuatan dan keupayaan maktab yang akan menubuhkan sekolah tersebut. Diantara model yang dicadangkan ialah :

 
MODEL A
Maktab akan menubuhkan sekolah dalam kawasan atau premis maktab dan mendaftar sekolah tersebut sebagai satu entiti tersendiri. Murid yang terlibat didaftarkan sebagai murid kepada sekolah tersebut. Pengurusan, pentadbiran dan kewangan akan dikendalikan oleh pihak maktab. Guru dan staf sokongan akan dibekalkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri.


MODEL B
Maktab mengambil alih kelas tertentu di sekolah yang berhampiran dan dijadikan ‘kelas angkat’. Murid-murid yang terlibat didaftarkan kepada sekolah berkenaan. Pensyarah dan pelajar maktab akan mengajar di kelas berkenaan dan dianggap sebagai ‘pembantu’ .Segala kemudahan dan keperluan guru ditanggung oleh sekolah berkenaan.


MODEL C
Maktab akan menubuhkan sekolah dalam kawasan atau premis maktab. Guru dan murid berdaftar di sekolah yang berdekatan yang menjadi ‘feeder school’ . Segala kemudahan yang diperolehi oleh SDM adalah sama dengan sekolah yang dipilih tadi. Pengajaran dan pembelajaran akan dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah dan guru yang ditempatkan di SDM tetapi guru menjadi norm dalam sekolah yang berkenaan. Guru menjadi pinjaman dan ‘dipinjamkan secara pentadbiran’.



read more “Model "Teaching School"”

Lencana Sekolah

Saturday, February 6, 2010

Warna hijau       
- Melambangkan agama rasmi negara. Hidup haruslah berlandaskan agama masing-masing.

Warna kuning   
- Melambangkan negeri beraja dan kemuliaan peribadi.

Warna putih     
 - Melambangkan kesucian. Gurulah yang bertanggungjawab untuk mencorak

                         perkembangan peribadi dan sahsiah pelajar.

Buku
- Hidup haruslah berilmu dan dengan ilmu hidup menjadi mudah.

Pelita
- Melambangkan cahaya yang menerangi kegelapan

Penyu
- Melambangkan hubungan dengan alam dan kedamaian.
read more “Lencana Sekolah”

Kursus Guru SKMPKT

Album kenangan SKMPKT